
Lagu Cerita Malam Raya Ajak Orang Ramai Ketepikan Telefon Bimbit, Hargai Detik Penting Bersama Orang Tersayang
Sempena Hari Raya, rakyat Malaysia dijemput untuk bersama-sama memulakan perbualan dengan secawan kopi, sebuah lagu, dan satu sesi sembang santai pada setiap kesempatan waktu di hari istimewa ini melalui kempen Sembang-Sembang dengan ZUS. Lagu “Cerita Malam Raya” menjadi nadi kempen ini, mengajak orang ramai mengetepikan telefon bimbit untuk menghargai detik-detik penting bersama orang tersayang.
Projek ini adalah kerjasama antara ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski, dan Zeppo Youngsterz Crew. Lagu ini menggabungkan keceriaan Hari Raya dengan unsur lawak seram, menceritakan keluarga yang berkumpul pada malam Raya dan mengharungi pengalaman yang ngeri namun menggelikan hati bersama-sama. Ia mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kemeriahan perayaan paling bermakna apabila dinikmati bersama. Unsur cerita seram ini diinspirasikan daripada tradisi filem Hari Raya dan perbualan larut malam di antara keluarga dan rakan-rakan.
“Cerita Malam Raya adalah projek yang mengingatkan kami tentang kemeriahan yang tercipta apabila kami mengetepikan telefon bimbit kami dan benar-benar bersembang antara satu sama lain. Kerjasama seperti inilah yang mengingatkan kami tentang mengapa kami sangat menghargai bekerja dengan bakat tempatan seperti Luqman, Faithful Music, Loko
Films dan Zeppo Youngsterz Crew—kerana bila kami bekerjasama, ia mencetuskan idea yang bergema dengan masyarakat,” kata Shafiqah Othman, Pengarah Kreatif, ZUS Coffee.
“Berkolaborasi dengan ZUS Coffee dalam proses kreatif video muzik Cerita Malam Raya merupakan sebuah pengalaman yang bermakna. Susunan lagu daripada Faithful Music sememangnya membakar semangat perayaan dan seni tarian daripada Zeppo Youngsterz Crew berjaya menangkap kemeriahan malam raya,” kata Luqman Podolski, pencipta kandungan dan penyanyi.
Luqman juga berkata, “Pada saya, lagu Cerita Malam Raya ini membawa kelainan yang kita tidak selalu lihat untuk Hari Raya, iaitu gabungan semangat perayaan dengan cerita seram. Hantu-hantu dalam video muzik ini memang menakutkan! Saya harap semua juga terhibur dengan video muzik ini sebagaimana kami semua berasa teruja semasa proses penggambaran.”
Satu lagi aspek utama kempen ‘Sembang-Sembang Dengan ZUS’ adalah kerjasama yang terjalin dengan kolektif artis tempatan, Projek Sembang-Sembang, yang terkenal dengan karya seni Malaysia yang nostalgia dan ekspresif. Melalui rekaan eksklusif pada produk dan pembungkusan, visual yang dipaparkan oleh Projek Sembang-Sembang memberikan nafas baharu kepada kempen ini.
Selain daripada video muzik dan rekaan istimewa pada bungkusan produk, ZUS Coffee juga melancarkan tawaran istimewa Ramadan dan Raya dengan menawarkan diskaun bagi Bottled Necessity 1L untuk Iftar. Pada masa yang sama, ZUS Coffee memberi bayangan awal untuk pengeluaran Siri Jagung semasa sambutan Raya. Koleksi perayaan ini termasuklah Sampul Raya, Sticker Raya, Sembang Raya Keychains, serta ZUS Raya Card Game, yang direka khas untuk mencetuskan perbualan yang bermakna semasa perhimpunan perayaan. Koleksi ini akan dilancarkan pada bulan Mac. Siri tumbler pula adalah eksklusif dalam talian.
Pada masa yang sama, ZUS Coffee menjemput rakyat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam Cabaran Tarian Cerita Malam Raya, di mana mereka boleh mempamerkan tarian terbaik mereka menggunakan lagu Cerita Malam Raya untuk peluang memenangi kopi percuma selama setahun. Peserta hanya perlu berkongsi video tarian mereka di TikTok dan tag ZUS Coffee untuk menyertainya. Selain itu, rakyat Malaysia juga digalakkan
menggunakan #SembangSembangDenganZUS untuk berkongsi cerita Raya mereka yang paling lucu atau paling menyeramkan, meneruskan tradisi sembang-sembang yang mengilhamkan lagu itu.
Video muzik Cerita Malam Raya boleh ditonton pada 7 Mac, jam 9 malam di saluran rasmi ZUS Coffee di Instagram, TikTok, dan YouTube, atau terus melalui pautan ini: https://youtu.be/BbxDOKXd5ic. Lagu ini juga akan tersedia untuk penstriman di Spotify – jadi pendengar boleh menikmatinya pada bila-bila masa, di mana-mana jua mereka berada.
Projek ini adalah sambutan sebenar bakat-bakat di Malaysia — daripada gaya muzik Luqman Podolski, seni tarian Zeppo Youngsterz Crew, kemahiran penggubahan muzik Faithful Music, arahan sinematik Ashrafiqal Aleef, dan kesenian visual Projek Sembang-Sembang. Melalui kerjasama ini, ZUS Coffee mengesahkan komitmennya untuk menyokong artis-artis tempatan, meraikan penceritaan Malaysia, dan kegembiraan hubungan sesama manusia.