Cerita ArtisHiburan

Lahir Sebagai Seorang Freethinker, Daniella Sya Akui Paling Kerap Dalami Agama Islam, Kini Bercinta Dengan Jejaka Melayu

Dilahirkan sebagai seorang freethinker atau tiada pegangan agama, pelakon Daniella Sya mengakui dia paling kerap mendalami agama Islam.

Daniella berkata, dia banyak mendalami Islam apabila mendapat peluang untuk membawakan watak seorang mualaf, termasuk yang terbaharu iaitu drama Hijrah Jannah.

“Saya dilahirkan dalam keluarga yang freethinker. Jadi, saya tiada masalah menerima watak mualaf dan keluarga juga terbuka dengannya.

“Sebelum ini pun saya pernah bawa watak mualaf dan banyak bertanya mengenai Islam dan perjalanan seorang mualaf. Malah, ia tidak terhenti dan masih banyak yang saya nak explore tentang Islam,” jelasnya.

Daniella berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang media drama Hjirah Jannah yang berlangsung baru-baru ini.

Menerusi drama berkenaan, pelakon tersebut membawakan watak seorang mualaf bernama Jannah yang terpaksa berhadapan pelbagai kemelut apabila dibuang keluarga asal dan suaminya pula berkahwin dua.

Selain Daniella, drama berkenaan yang akan mula ditayangkan di Astro Ria mulai 5 Jun ini turut menampilkan pelakon popular lain seperti Remy Ishak dan Puteri Sarah Liyana.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Daniella Sya Yeng Yeng itu juga tidak menyembunyikan kisah peribadinya apabila mengakui dia kini bercinta dengan seorang jejaka Melayu.

“Hubungan kami agak baru lagi dan dia bukanlah seorang artis. Kami pun pernah berbincang tentang ke arah perkahwinan, cuma saya sahaja masih belum bersedia buat masa sekarang.

“Saya terpikat dengannya kerana dia seorang yang sopan, baik dan cakap pun lemah lembut. Malah, dia juga sangat hormat dengan diri saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button