AdvetorialKongsi

Lakukan R&D Produk Untuk Manfaat Pengguna, Charms Jalin Kerjasama Strategik Bersama UTHM


Biarpun sudah sedekad di pasaran, jenama produk Charms Cosmetic Skincare (Charms) tidak terus selesa dengan apa yang dimiliki.

Lalu atas dasar mahu terus memperbaiki kekurangan dan menambah baik kualiti produk dipasarkan, jenama milik syarikat Fasyeera Empire Sdn Bhd itu menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak Jun tahun lalu.

R&D itu diperkasakan dengan kerjasama strategik dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh di Johor dengan membabitkan kos peralatan dan mesin melebihi RM5 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Nur Bashirah Hussin, 38, usaha dilakukan sebagai jaminan untuk terus menghasilkan produk berkualiti dan halal yang boleh digunakan tanpa was-was.

“Ia seiring dengan tagline kami, Dulu Yakin, Kini Lebih Yakin. Produk kami sah diuji secara saintifik dan dermatologi. R&D dibuat ke atas produk ini dalam usaha memberikan pengguna nikmat yang efektif, selamat dengan penggunaan kandungan bahan berimpak tinggi.

“Alhamdulillah sejak Khamis lalu juga, kami dalam fasa perbincangan menjadikan makmal UTHM  sebagai makmal rasmi Charms.

“Kami berharap kerjasama strategik ini akan menjadi permulaan, penanda aras dan contoh yang baik untuk diri sendiri serta rakan pengusaha produk lain,” kata graduan Ijazah Sarjana Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ini.

Kata Nur Bashirah lagi, R&D dilakukan khusus kepada anti penuaan, komposisi bahan kimia dan pengesahan status halal ke atas produk dihasilkan.

Katanya, majlis perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) bersama UTHM itu dilakukan Januari lalu.

“Biarpun kos R&D ini bukan calang-calang jumlahnya, tetapi kami tidak boleh berkompromi dalam hal produk yang digunakan pelanggan. Ia seiring dan jelas dengan visi kami terhadap kepuasan pelanggan. Jadi kita buat bersungguh-sungguh.

“Penambahbaikan formula sedia ada atau baharu ini sentiasa menjadi garis panduan untuk kami. 

“Proses R&D ini juga melengkapi usaha pengeluar produk seperti saya. Ia harus ada sampel dan mengikuti prosedur betul termasuk ujian pensampelan yang kebanyakannya diuji secara klinikal,” kata ibu kepada empat cahaya mata ini.

Serentak mengalu-alukan kejayaan R&D diusahakan, jenama ini turut memilih ikon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah wakilan atau face off bagi produk Hydra Fresh Tin­ted Moisturiser Broad Spectrum SPF 50.

“Seiring dengan imej muslimah dipamerkan Heliza, kita mahu menambah keyakinan pelanggan termasuk dari status halalnya.

“Heliza memikul tanggungjawab berkenaan selama enam bulan sejak Julai lalu. Untuk lebih lanjut boleh ke pautan https://beacons.ai/charmscosmeticskincare/,” katanya.

Jenama beribu pejabat di Pusat Komersil TSB, Shah Alam itu juga  sedang menyusun strategi untuk menembusi negara jiran khususnya ke Indonesia sebagai usaha untuk mengembangkan penguasaan pasaran ke peringkat antarabangsa.

Charms yang berada di pasaran sejak 2012 dengan tawaran 10 jenis produk di pasaran itu kini memiliki 13,000 ejen di seluruh negara. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button