Cerita ArtisHiburan

Lakukan Zumba 30 Minit Setiap Petang & Senaman Vokal, Aishah Berjaya Kurangkan 35 Kilogram Berat Badannya

Penyanyi popular Aishah mendedahkan dia telah berhasil menurunkan berat badannya sebanyak 35 kilogram.

Menerusi satu posting di Instagram miliknya, penyanyi itu turut mendedahkan aktiviti yang dilakukan untuk menurunkan berat badannya.

“Ke arah keseimbangan photo 35kgs loss…am a bit proud of myself actually setiap petang 30min zumba kemudian sedikit vocal exercises… supaya tidak hilang skill tu,buatnya dah nak PKP semula.

“Malam kita habiskan baca yassin dll.dgn boys…kejar akhirat insyaallah dapat dunia,” tulisnya.

Pada masa sama, penyanyi berkenaan memberitahu dia kini dalam usaha untuk menurunkan lagi lima kilogram berat badannya.

@dr.mustafamt 5kgs more to my initial weight loss target. Once there maybe another 5kgs to a ‘normal’ BMI perhaps,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button