Cerita ArtisHiburan

“Lama Aku Jaga Aib Abah Sendiri…” Kakak Asif Suhaimi Dedah Bapa Mereka Ambil Pil Kuda & Hutang Ah Long

Kakak kepada pelakon komedi iaitu Asif Suhaimi, Siti Nurul Atina mendedahkan bahawa bapa mereka yang didakwa mengambil pil kuda dan berhutang dengan Ah Long.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri olehnya bagi menjawab segala tuduhan bahawa dia mengambil wang bayaran adiknya itu untuk tujuan peribadi.

“Betul… Syahmi ada buat bayaran RM7000 dan Kak Tina bank in duit hanya RM4k dekat abah dan baki 3k lagi untuk simpanan Asif… Kenapa ??? kenapa tak bagi je abah 100%? why? Kalau tanya jiran sekeliling, anak beranak, sepupu sepapat, semua tahu abah ni macam mana… dan Syahmi & Nissa pun ada nasihat suruh simpan jugak saving untuk Asif.

“Sebab tahu doh kalu bulih ko Suhaimi memey xkn napok hasil. Hasil dio gak duk pening nga kudo dalam bilik duk main spin! Sampai tahap Asif mengadu ‘along, abah keceh kudo dalam bilik kito depe kito’ kadang-kadang Asif mengadu ‘pitih abah habis sokmo duk main spin’ bukti aku ada… aku simpan video aku rekod senyap-senyap masa Asif mengadu.. dan Asif mengadu bukan sekali bukan dua kali tapi berpuluh kali,” luahanya.

Ujarnya Siti, bagi wang sebanyak RM3,000 yang diberikan kepada Asif itu digunakan untuk membeli barang-barang keperluan adiknya.

Malah, dia juga ada mengirimkan wang kepada sepupu rapat mereka untuk membeli makanan harian Asif secara senyap-senyap tanpa pengetahuan bapa mereka.

“Kalau dia (bapa) tahu memang dia akan tekan-tekan mintak duit dgn sepupu aku tu. Dan kalau duit yang aku kirim dekat bapak aku untuk beli barang-barang dapur memang tak akan jadi barang dapo…korang paham2 lah labu..resit payment Syahmi ni pun dia baru terjumpa dlm bilik adik kak tina. Dia selongkar habis..paham2 lah kenapa setakat baki duit 3000 baki tu aku nak buat apa? logik ke aku nk guna?

“Asif sekali pergi shopping baju bukan sikit..pakai duit mana? duit baki tu jugak. Eh maaf, aku siap tambah duit aku buat belanja Asif.. kau rasa sejak bulan 2 payment masuk tu, sampailah bulan 6 ni ada lagi ke baki tu? hutang ah long kau RM3,000 sape bayar? Aku… hutang dengan kawan-kawan kau sebab kau ambik pil kuda tp tak bayar last-last kawan kau cari adik aku Asyraff, end up aku jugak yg tlg settle kan… cukup2 lah dengan peel prangai kau dari zaman kau dengan mama aku kau buat naya tinggal hutang keliling pinggang, sampai mama kena settlekan semua… cukup-cukuplah Suhaimi,” luahnya.

Ujarnya lagi, dia sudah lama cukup bersabar dengan apa yang terjadi serta memohon maaf kerana telah membuka aib bapanya sendiri untuk terus elak difitnah berkali-kali.

Menurutnya, dia tidak kisah sama ada orang lain akan percaya atau tidak dengan luahannya itu dan ia kali pertama dan terakhir untuk menceritakan tentang bapanya itu.

“Waktu aku sangatlah berharga untuk aku melayan benda-benda macam ni yang bagi aku sangat tidak masuk akal. Aku duk nego siang malam cari pitih ata pitih bulan-bulan ko bapak aku hok xpernah jago aku dari kecik, tapi ni hok aku dapat..

“Mu memey manusia x kenang budi! Banyak lagi benda boleh ungkit tapi aku malas nk ungkit… cukup ini saja dulu… sebelum ni aku diam… lama diam… makan tahun diamm diam..kalini aku fight habis-habisan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button