Cerita ArtisHiburan

Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Depan Khalayak Ramai, Aedy Ashraf Enggan Beri Sebarang Komen

Baru-baru ini, pelakon popular Aedy Ashraf menjadi soroton apabila tersebar video yang menunjukkannya melamar Amelia Henderson depan khalayak ramai menjadi viral.

Bagaimanapun, Aedy yang hadir ketika sidang media secara virtual untuk mempromosikan drama terbaharu lakonannya, Bila Hati Memilih Dia enggan menjawab perkara berkenaan ketika ditanya pihak media.

“Kalau hal peribadi saya tak mahu komen,” ujarnya ringkas.

Menerusi video yang tular itu, Aedy dilihat melutut di hadapan Amelia sambil melamarnya untuk menjadi kekasih hatinya.

Dalam video berkenaan juga, pelakon itu menunggu selama dua tahun sebelum melamar Amelia di depan khalayak ramai.

Untuk perkembangan terbaharu, Aedy membawakan watak sebagai seorang bapa tunggal menerusi drama Bila Hati Memilih dia yang mula ditayangkan pada 28 Mac lalu setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 10.00 malam di TV3.

Selain Aedy yang membawakan watak utama, drama berkenaan turut menampilkan beberapa pelakon lain seperti Eyka Farhana, Gambit Saifullah dan Zila Bakarin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button