Cerita ArtisHiburan

Lan Solo Bengang Ada Orang Buat Aduan Tuduhnya Halang Lalu Lintas Jalan Raya Sehingga Disaman Pihak Berkuasa

Penyanyi Lan Solo meluahkan rasa bengangnya apabila ada pihak yang membuat aduan menuduhnya menghalang lalu lintas sehingga disaman pihak berkuasa.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lan memberitahu orang yang membuat aduan itu adalah individu yang berada di sekeliling kedainya.

“Assalamualaikum… guys aku kena saman lagi. Orang complaint lagi katanya menghalang lalu lintas jalan raya.

“Orang yang complain tu pun orang sekeliling ni jer. Aku pun tak tau nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya. Aku cari makan je kot. Dahlah musim PKP macam ni. Sale pun tak menentu,” luahnya.

Tegas Lan, sekiranya tidak berpuas hati, orang tersebut boleh datang berjumpa sendiri dengannya.

“Kau tak payah complain kat Majlis Bandaraya sehingga menyusahkan mereka untuk tengok keluarkan saman.

“Aku tak kisah dorang buat kerja dorang, tapi kau tu kenapa tak habis-habis. Aku rasa dah beberapa kali kena macam ni. Orang Melayu kot nak berniaga,” jelasnya.

Menurutnya, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) telah mengenakan tindakan saman terhadapnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button