“Lantak Kau La Bang…” – Sharnaaz Ahmad Enggan Berbalah Lagi Dengan Azhar Sulaiman Berhubung Isu Palestin
Baru-baru ini timbul perbalahan mengenai isu Palestin membabitkan pelakon popular, Azhar Sulaiman dan Sharnaaz Ahmad di media sosial sehingga menarik perhatian netizen.
Tidak mahu memanjangkan lagi perbalahan, akhirnya Sharnaaz mengambil langkah enggan lagi berbalah dengan Azhar dan tidak mahu menghiraukan pandangan pelakon senior berkenaan.
“Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok, dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak!!! Tetap dia nak post juga.
“Lantak kau la bang. Pendapat kau kan, kau layanlah apa dalam kepala kau. Aku diakan kau enjoy dengan perhatian yang ko cari ni ye bang,” ujar Sharnaaz menerusi perkongsian di akaun Insta Story miliknya.
Pada masa sama, pelakon berkenaan turut menyeru semua orang untuk teruskan memuatnaik di media sosial berkenaan Palestin dan boikot produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.
“Apa pun guys, teruskan posting fasal Palestin dan boikot pada produk Yahudi.
“Yang mana dah beli, simpan dan makan yang bagi habis. Jangan beli dah lepas ni. Jangan bazar pulak, lani hidup cerai sikit,” ujarnya.
Sebelum ini, Azhar berkongsi pandangannya apabila mempertikaikan strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin bagi menentang Israel.
Perkongsian itu bagaimanapun mendapat kecaman dan kritikan teruk bukan sahaja daripada netizen, malah rakan artis antaranya Sharnaaz. – KopiPlanet.com