Cerita ArtisHiburan

Layla Sania & Bunga Isme Tampil Duet Dengan Lagu Berbahasa Mandarin Berjudul Bambino

Penyanyi tempatan Layla Sania yang melancarkan dua single, By Your Side dan Traveler tahun ini mencapai populariti dengan melodi yang lembut dan lirik berkonsepkan inspirasi. Sebelum tahun 2021 berakhir, Layla mencabar diri dengan membawakan lagu rancak pertamanya, sebagai satu hadiah untuk peminat yang berjudul Bambino.

Layla berkata, lagu berkenaan secara keseluruhannya mempamerkan senario yang jelas dan Bambino adalah berkonsepkan kepada pemikiran anak muda daripada pelbagai aspek terpencil dalam konteks kehidupan dan pekerjaan. Istilah penyampaian yang digunakan juga adalah bersesuasiandan bertepatan dengan jalan penceritaan.

“Ia menceritakan tentang proses kehidupan dalam pelbagai sudut selain daripada norma betul dan salah dalam hidup. Kepentingan kepada jurang fleksibiliti dan hubungan interpersonal yang kukuh adalah tunjang kepada corak kehidupan di tempat kerja. Intipati lirik juga memberikan petunjuk bahawa mengapa kini orang muda suka memelihara haiwan peliharaan.

“Saya lebih rela mengadaptasikan Bambino tanpa sebarang penganiayaan kata-kata dan perbuatan. Sekurang-kurangnya saya mempunyai pendengar yang ikhlas dan setia. Keselesaan yang paling diperlukan adalah pemahaman terhadap ikatan jiwa mendalam kepada sanubari hati.”

Bambino ditulis oleh pemuzik Malaysia terkenal Chen Hai Wei dan Sun Pei Jia untuk Layla, Chen Hai Wei mempunyai pengalaman bekerja bersama Andy Lau, Huang Xiao Hu, Richie Ren. Irama dan lirik yang dinamik dan signifikan ini, telah berjaya memberikan cabaran baru kepada Layla.

Ketika percubaan untuk mempamerkan rentak yang lebih pantas dan R&B, Layla berkata, “Saya terus suka lagu itu ketika mendengar demo, gayanya sangat segar dan ia adalah sesuatu yang Layla tak pernah cuba.

“Saya teruja sangat bila dapat tahu duet lagu ni ialah kawan baik saya Bunga! Lagipun ini single Mandarin pertama bagi Bunga, menjadikan lagu ni lagi istimewa bagi kita berdua!”.

Bunga berkata, “Ini adalah lagu Mandarin pertama saya, dan saya sangat gembira dan teruja diberi cabaran ini, ia merupakan suatu perjalanan yang luar biasa bagi diri saya!”

Bambino boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox , Deezer, dan juga iTunes bermula 17 Disember, manakala video muzik rasmi Bambino boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia Chinese. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button