Gaya HidupJom Makan

LB Creuset & Syatilla Melvin Jalin Kolaborasi Lancarkan Penjualan Nasi Daging Terlentang

Baru-baru ini, LB Creuset telah menjalinkan kolaborasi dengan pelakon, usahawan muda, influencer terkenal tanah air, dan juga pengasas kosmetik iaitu Syatilla Melvin dengan melancarkan penjualan Nasi Daging Terlentang.

LB Creuset diterajui oleh dua anak muda iaitu YM Syed Haniff dan Leon Puung juga merupakan pengarah urusan LB Creuset yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan dan bidang masakan sejak kecil.

Syed Haniff berkata, perniagaan makanan mereka bermula pada bulan April tahun lalu selepas dunia dikejutkan dengan pandemik Covid-19 setelah kerajaan melaksanakan PKP yang pertama.

“Sejak awal March 2021, LB Creuset yang berslogankan ‘From My Home To Yours’ mula mendapat perhatian ramai dan sambutan yang luar biasa setelah viral di media sosial baru-baru ini.

“Nasi Daging Telentang disediakan kepada para pelanggan untuk makan tengahari dan malam pada setiap hari kecuali hari Ahad yang boleh dipesan menerusi ejen-ejen mereka di seluruh semenanjung Malaysia,” jelasnya ketika majlis pelancaran LB Creuset x Syatilla Melvin baru-baru ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YAM Dato Seri Syed Azni Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri Diraja Farinawati Datuk Mohd Din.

Syed Haniff berkata, bermula Ramadan ini, pihak ibu pejabat akan mula menerima pesanan dan para pelanggan boleh mendapatkan Nasi Daging Telentang dengan harga edisi Ramadhan Combo Pack Family Telentang RM 88 (4pax) dan Individu Telentang RM 22 (1pax).

Sementara itu, Syed Haniff memberitahu matlamat LB Creuset bekerjasama dengan Syatilla Melvin adalah untuk menyalurkan sebahagian daripada hasil jualan Nasi Daging Telentang bagi pembinaan masjid yang tergendala di Sungai Siput, Perak.

“LB Creuset dan Syatilla Melvin berharap dengan sokongan ramai, niat mereka untuk membina masjid itu sepenuhnya tercapai,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button