Cerita ArtisHiburan

Lebih Sebulan Tak Berjumpa, Shuk Sahar Akhirnya Pergi Ke Sabah Untuk Beraya & Lepaskan Rindu Pada Anak-Anak

Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuk Sahar akhirnya telah pergi ke Sabah untuk menyambut raya bersama-sama dengan anak-anaknya.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Shuk menyatakan sudah lebih sebulan dia tidak berjumpa mereka yang pulang ke Sabah sejak bulan Ramadan lalu.

“Sejak awal puasa hari itu, anak-anak saya pergi dan beraya ke Sabah, so lebih kurang sebulan lebih juga saya tak jumpa dorang. Sejujurnya saya sangat rindukan dorang.

“Pagi ni saya bangun, tak ada apa-apa plan saya terus gerak ke KLIA2, saya beli tiket untuk pergi ke Sabah. Saya nak buat suprise untuk Ain dan Aimy,” ujarnya.

Menerusi video yang dikongsikan juga, kelihatan kedua-dua anak Shuk itu gembira melihat kejutan yang dibuat oleh pelawak berkenaan.

“Hanya rindu alhamdulillah sempat rasa raya sekali maaf nak ayah lambat beraya dengan Ain dan Aimy…  @kingkrek teman ke Sabah,” tulisnya pada ruangan caption. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button