Lepas Buka Tudung, Masya Masyitah Tidak Mahu Lagi Jadi Artis… Ingin Hidup Bebas
Setelah dikecam gara-gara tidak lagi bertudung, penyanyi Masya Masyitah menyatakan dia tidak mahu lagi menjadi seorang artis dan ingin hidup bebas.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Masya ketika menjawab pertanyaan beberapa netizen ketika sesi live di Instagram baru-baru ini.
“Saya mahu hidup bebas… saya dah tak mahu nak jadi artis, tak mahu lagi dunia glamor. Orang kata saya sendu, memang ya saya nak jadi sendu.
“Sekarang saya nak jadi orang biasa sahaja. Banyak job yang saya dapat, saya tolak. Saya tak mahu ambil sebab nak berehat,” ujarnya.
Dalam pada itu, penyanyi itu juga menyatakan keputusan untuk tidak lagi bertudung adalah keputusannya sendiri dan tidak mahu orang lain menyalahkan ibu bapanya.
“Ia (tanggal tudung) adalah pilihan saya sendiri. Kalau nak marah… marah sahaja pada saya. Tak payah nak cakap mak saya pun galak. Jangan salahkan mak ayah saya.
“Siapa yang kata ayah saya akan tanggung? Sendiri buat… saya sendirilah yang tanggung,” tegasnya.
Penyanyi itu sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung setelah berkongsi gambar di media sosial miliknya. – KopiPlanet.com