AntarabangsaHollywood

Liam Payne Umum Putus Cinta Dengan Cheryl Cole

Penyanyi Liam Payne membuat pengumuman sudah putus cinta dengan kekasihnya, Cheryl Cole. Kenyataan itu dibuat sehari selepas Cheryl menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Liam yang merupakan bekas ahli kumpulan One Direction menulis di laman Twitter, berkata, “Cheryl dan saya dengan dukacita mengatakan kami kini sudah membawa haluan masing-masing. Ia merupakan satu keputusan yang sukar buat kami.”

“Kami akan terus berkawan baik dan akan menjaga kebajikan anak kami, Bear. Saya harap semua pihak dapat menghormati privasi anak kami sepanjang melalui masa sukar ini,” katanya.

Hubungan Liam dan Cheryl dikatakan bermasalah sejak beberapa bulan lalu sehingga timbul spekulasi mengatakan mereka akan berpisah.

Pasangan ini yang tidak berkahwin mempunyai seorang anak lelaki, Bear yang kini berusia 16 bulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button