Cerita ArtisHiburan

Lima Tahun Aktif Sebagai Artis YouTube, The Cranial Muncul Dalam Muzik Arus Perdana Menerusi Pendam

Setelah lima tahun bergerak sebagai artis YouTube, The Cranial kini sudah mula mengorak langkah ke dalam dunia muzik arus perdana dengan kemunculan single pertama mereka berjudul Pendam.

Keberanian tiga anak muda iaitu Aiman Sabri sebagai penyanyi, Farez Amirul sebagai gitaris dan Haziq Fitrie sebagai basis menghadapi persaingan sengit arus perdana terbina hasil sokongan lebih 50 ribu pengikut saluran YouTube mereka.

Keyakinan ketiga-tiga anak muda dalam lingkungan umur awal 20-an ini diperkuatkan lagi dengan 3.9 juta jam tontonan yang diberikan oleh peminat mereka kepada lebih 33 nyanyian cover lagu popular dan tular yang mereka dendangkan.

Ketua kumpulan, Aiman Sabri memberitahu, The Cranial memilih genre muzik pop rock sebagai senjata untuk bersaing dalam muzik arus perdana berdasarkan respons yang diberi oleh pengikut mereka.

Katanya, kumpulan itu juga menjadikan kemahiran bermain alat muzik mengikut selera peminat muzik masa kini sebagai bekalan tambahan untuk bersaing dengan pemain industri muzik semasa.

“Sokongan, minat dan maklum balas daripada pengikut kami banyak memberi kekuatan kepada The Cranial untuk mencuba nasib di dalam persekitaran muzik arus perdana.

“Dalam kata lain, penceburan kumpulan itu dalam muzik arus perdana merupakan satu tanda penghargaan The Cranial kepada para penyokong mereka,” katanya dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Ketika ini, The Cranial adalah merupakan artis kendalian sulung dibawah label Sirius Muzik.

Kumpulan ini juga pernah berkolabrasi dengan artis-artis tempatan seperti Ariff Bahran, Adzrin, Ahmad Adly dan Shazriq dari Shazz untuk menghasilkan lagu cover yang dimuat naikkan ke saluran YouTube mereka.

Lagu Pendam yang mengisahkan kejayaan seorang pemuda menghadapi tekanan akibat pencurangan kekasihnya dengan bantuan rakan-rakan akrabnya itu ketika ini boleh didengari di saluran radio-radio tempatan dan juga online streaming seperti Spotify, Apple Music, Soundcloud, TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button