
Lisa Blackpink Ditipu RM3.5 Juta Oleh Bekas Pengurus
Malang menimpa ahli kumpulan Blackpink, Lisa apabila wang hasil kerja seninya yang berjumlah lebih 1 bilion won (RM3.5 juta) dilapor telah disonglap oleh bekas pengurusnya.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi YG Entertainment itu menyebut, wang yang telah disalahguna oleh bekas pengurus Lisa itu telah dibelanjakan untuk aktiviti perjudian oleh individu tersebut.
Lisa bagaimanapun mengambil pendekatam mahu menyelesaikan masalah itu dengan baik dan bekas pengurusnya berjanji akan memulangkan semula wang yang telah diambilnya.
Bekas pengurus tersebut merupakan orang yang sangat dipercayai oleh Lisa sejak dia memulakan kerjaya di Korea Selatan, empat tahun lalu.
Lisa merupakan satu-satunya ahli Blackpink yang berasal dari luar Korea iaitu dari Bangkok, Thailand.
Selain Lisa, Blackpink yang kini tampil dengan single duet dengan Lady Gaga, Sour Candy turut dianggotai Rose, Jisoo dan Jennie. – KopiPlanet.com