Cerita ArtisHiburan

Luahan Yana Alami Kesulitan Mencari Ketenangan & Keseimbangan Menerusi Lagu Escape

Terbuka berbicara mengenai dirinya terlebih berfikir hal-hal negatif, Yana menjadikan situasi hidupnya untuk motivasikan diri bagi mencari erti cinta.

Menariknya, ia sekali gus mencetuskan idea menghasilkan lagu baharunya, Escape. Lagu ini bertitik tolak daripada tempoh sepanjang Yana mengalami kesulitan mencari ketenangan dan keseimbangan diri dalam masa-masa mencabar.

“Lagu ini berkaitan cuba lari daripada fikiran tak diingini dan negatif di mana saya harus bergantung kepada diri-sendiri bagi mencintai diri saya.

“Ia supaya saya mampu perangi anasir jahat dalam fikiran dan diterjemah ke sebuah baris lagu ini iaitu ‘Can u be my escape’,” ujarnya.

Bekerjasama rapat dengan penerbit Curley, Escape mempamerkan laras vokal Yana yang cukup mengagumkan sebagai penyanyi.

Bagaimanapun, di sebalik tabir, dia menyerahkan kepercayaan kepada pengarah serta bekerja rapat dengan pasukan produksi kreatif Creative Junkies untuk tentukan hala tuju muzik video lagu ini demi memastikan visualnya menggambarkan emosi serta visi dengan begitu sempurna. 

“Kami memilih konsep lebih abstrak tapi ada pendekatan editorial untuk mewakili pemikiran mendalam saya dan tunjukkan kepada peminat betapa menyulitkan pengalaman saya cuba terus maju ke depan dalam kehidupan realiti.

“Bekerja dengan pasukan yang cukup memahami apa saya kehendaki, meski terdapat kesulitan untuk salurkan emosi ditambah pergelutan membuka mata dalam air sambil menyanyi, kerjasama ini begitu bermakna buat saya,” katanya.

Dengan pelancaran lagu ini, YANA berharap peminat dapat bertemu ketenangan dicari selain jadikan mesejnya sebagai sebuah cara melepaskan diri tiap kali berdepan masa sulit.

“Harapan saya untuk lagu ini adalah ia mampu kaitkan kisah pendengar dengan cerita hidup saya. Semoga mereka tidak akan pernah rasa sunyi lagi, pelik atau tidak selesa sepanjang menjalani perjalanan hidup masing-masing,” tuturnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button