
Festival rock terbesar Malaysia, Rockaway bakal menyambut ulang tahun ke-10 penganjurannya pada bulan Mac tahun hadapan dengan konsert berskala besar, Rockaway 2020 anjuran The Livescape Group bersama InTour Live dan iMe Entertainment Group.
Bakal diadakan pada 14 dan 15 Mac 2020 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Rockaway 2020 bakal disertai line up hebat seperti Hujan Kyoto Protocol, Datuk M Nasir, Mad August Ft. Hillary Ang, Masdo, Project E.A.R, Toko Kilat dan XPDC termasuk kemunculan istimewa band rock Australia, Hand LIke Houses.
Pengarah Urusan InTour Live, Bonor Seen berkata, “Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan pihak The Livescape Group dengan kembalinya Rockaway 2020. Sejak kemunculan pertama Rockaway Fest pada tahun 2009, kami telah bekerjasama dengan komuniti rock tempatan serta bekerja dengan rapat bersama mereka untuk mewujudkan kesedaran terhadap genre tersebut.”
“Selepas satu dekad, kami berbangga untuk menyatakan bahawa kami bersama-sama telah menubuhkan satu platform yang bukan sahaja menampilkan artis tempatan tetapi juga merangkumi serantau dan antarabangsa. Dengan kehadiran para peminat muzik yang kuat, kami berharap dapat menyatupadukan komuniti lain melalui muzik dan kami tidak sabar untuk bersama-sama dengan para peminat rock di luar sana pada bulan Mac ini,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Livescape Group, Iqbal Ameer, tahun 2020 merupakan waktu yang tepat untuk menggembalikan kegemilangan muzik rock.
“Muzik rock mempunyai kedudukan yang kuat di Malaysia dan kami merasakan ini masa yang sesuai untuk memberi penghargaan kepada ikon-ikon rock legenda serta barisan artis-artis baru,” katanya.
Atas sambutan menggalakkan, tiket VIP dilaporkan sudah habis terjual dan anda boleh dapatkan tiket di ruangan Rockzone dengan melayari www.galactix.asia/rockaway-festival-2020. – KopiPlanet.com