Cerita ArtisHiburan

“Macam-Macam Saya Pernah Dapat, Gambar Anu, Anu Yang Diletak Atas Gambar Muka Saya…” – Farahdhiya Berang Sering Diganggu Lelaki Psiko

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Farahdhiya berang dengan sikap segelintir lelaki yang sering mengganggunya di Instagram.

Farahdhiya berkata, dia sudah hilang sabar apabila sering mendapat mesej dan gambar yang tidak sepatutnya.

“Salam Aidilfitri. Baru raya ke-3 but I need to do this coz it’s getting too much. Peringatan untuk lelaki-lelaki di luar sana. Saya boleh terima anda sebagai peminat yang sukakan bakat saya, I appreciate that.

“But I’ve had enough of men sending me all sorts of messages disrespecting me since I created my ig! Macam2 saya pernah dpt u name it, gambar anu, anu yang diletak atas gambar muka saya, messages tidak senonoh dan antaranya messages sebegini yang non stop hantar message walaupon bercakap sendiri,” luahnya.

Jelas Farahdhiya, dia terlalu banyak menerima mesej sehingga ada yang mahu mencari alamat rumahnya dah mahu mengajaknya berjogging.

“U are invading my personal space and my privacy! All I can say korang ni Psycho! Stop harassing me! “I Sayang u, I Sayang u” apa kau merepek ni setan?? I don’t even know u! This is wrong and scary!!” tegasnya.

Ujarnya lagi, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya terus diganggu.

“Leave me alone sebelum saya tidak teragak2 utk membuat laporan polis kerana bertahun2 saya sabar dgn perangai2 kurang ajar lelaki yg begini di social media,enough is enough! Apabila tidak ada rasa hormat pada perempuan,inilah jadinya.

“Just because I don’t have a father anymore it doesn’t mean I can’t protect and stand up for myself ok? Jangan cabar saya coz I’ll go straight to the police.Fullstop,” ujarnya. – KopiPlanet.com

***Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Kredit Foto: Instagram Farahdhiya

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
3
+1
2
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button