Cerita ArtisHiburan

“Macam Mana Abang Iqbal Yang Muda Boleh Suka Orang Tua” – Cik B Tidak Restu Hubungan Dato Seri Vida & Iqbal

Nampaknya hasrat Iqbal Zulkefi dan Dato Seri Vida untuk berkahwin seakan ménemui jalan sukar apabila hubungan mereka tidak direstui oleh Cik B.

Menerus satu program hiburan, Cik B menyatakan dia tidak merestui niat kedua-duanya untuk berkahwin kerana faktor usia yang sangat jauh antara mereka.

 “Saya sebenarnya sangat kurang setuju. Mama umur dah berusia, abang Iqbal baru umur 27. Macam mana abang Iqbal yang muda boleh suka orang tua. Mesti ada sebab tau.

“Saya pun tak setuju mama nak ada anak lagi. Mama ni kalau dia bercinta, dia macam cinta buta,” luahnya.

Pada masa sama, Cik B juga mendedahkan bahawa hubungannya dengan Iqbal sebelum ini tidak begitu baik dan mereka selalu bergaduh.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ‘ngam’. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa-biasa tapi luar biasa.

“Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi biarlah pada diri saya sendiri,” dedahnya.

Bagaimanapun, Cik B memberitahu bahawa dia berharap agar ibunya gembira sekiranya ditakdirkan berkahwin dengan Iqmal, meskipun dia sendiri tidak mahu.

Sementara itu, dia memyangka bahawa pada awalnya soal perkahwinan mereka cuma sekadar publisiti pemasaran dan tidak menyangka kedua-duanya serius mahu berkahwin.

“Mula-mula saya ingatkan marketing, tapi nampak macam betul-betul pula. Ya Allah takutnya, tapi harap-harap memang marketinglah. Saya pun macam tak naklah ada ayah baru. Saya dah cukuplah ada lima ayah.

“Pesanan saya, mama kena fikir niat mereka terhadap mama kerana sekarang susah nak jumpa orang yang betul-betul mencintai mama. Tapi saya harap siapa yang akan berkahwin dengan mama dapat jaga mama. Itu sahaja,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
6
+1
2
+1
2
+1
4

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button