Cerita ArtisHiburan

Mahu Bersikap Realistik, Che Ta Tolak Tawaran Pegang Watak Ibu Kepada Remy Ishak

Pelakon popular, Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan dia telah menolak tawaran sebuah drama yang memerlukannya memegang watak sebagai ibu kepada Remy Ishak.

Che Tak berkata, tindakannya itu bukanlah disebabkan dia bersikap demanding, namun dia mahu menjadi seorang yang realistik.

“Sebenarnya saya tak kisah pegang watak seorang ibu, tapi tidaklah sampai tahap pelakon yang jadi anak itu dewasa sangat. Sebelum ini pun saya selalu juga dapat watak ibu dan ia bukan isu yang perlu diperbesarkan.

“Namun, kena tengok juga gandingkan saya dengan pelakon yang jadi anak itu. Sejujurnya, saya rasa Remy terlalu matang untuk jadi anak saya dalam drama tersebut. Kalau nak digandingkan pelakon watak ibu dan anak,  biarlah logik dan realistik,” katanya.

Sebelum ini, kakak kepada Ayu Raudah itu sudah beberapa kali digandingkan dengan Remy dan kebanyakannya watak sebagai kekasih.

Antaranya seperti telefilem berjudul Masihkah Ada Sinar yang turut berentap di Anugerah Skrin 2011.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu baru-baru ini ditemui di majlis anjuran syarikat pelaburan, pengurusan dan pembangunan hartanah, HOMEVEST disenaraikan dalam Malaysia Book of Records.

Rekod itu diwarta selepas syarikat berkenaan diiktiraf sebagai syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan Program Pemilikan Rumah untuk Pekerja atau Home Ownership Programme for Employees (H.O.P.E).

Dalam pada itu, Che Ta  yang juga pelakon drama Tahyul menerusi watak Detektif Masni menafikan yang dia bergelar duta kepada syarikat berkenaan.

“Tidak sama sekali bergelar duta, tapi saya antara yang turut mendapat nasihat syarikat terbabit dalam soal pemilikan dan pembelian rumah.

“Kebetulan adik ipar saya, Datuk Wira Haji Muhammad Faizal Zainol  menjadi penasihat syarikat terbabit, jadi saya banyak mendapatkan nasihat daripada mereka,” katanya.

Che Ta yang bakal menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan dengan Zain Saidin pada 11 Disember ini juga mengakui tidak sabar untuk berpindah ke kediaman baru di Petaling Jaya, Damansara.

“Soal pindah rumah baru ini memang tertunda sebab situasi pandemik COVID-19 semasa. Awal dulu pun saya pernah terkena dan rugi jutaan ringgit sebab projek pengubahsuaian rumah gagal disiapkan kontraktor dilantik.

“Tapi sekarang perlahan demi perlahan, saya cuba curi masa mengawasi perkembangan proses ubah suai dan siapkan rumah itu dengan kontraktror lain.

“Adik ipar saya pun yang tahu selok belok hartanah dan perumahan banyak membantu serta beri nasihat,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button