HiburanSelebriti

Mahu Fokus Kepada Kerja-Kerja Agama, Faizal Ismail Sedia Pertimbangkan Jika Ada Tawaran Jadi Penyampai Radio

Bekas penyampai radio, Faizal Ismail atau lebih sinonim dengan panggilan FBI menyatakan dia sedia mempertimbangkan sebarang tawaran untuk menjadi penyampai radio.

Faizal berkata, dia ada terdengar ura-ura tentang tawaran yang ingin diberikan kepadanya, namun ia belum lagi sahih.

“Nombor satu sekarang saya nak fokus kepada kerja-kerja agama dahulu. Saya dah pernah jadi penyampai radio dan komitmennya sangat tinggi.

“Kehidupan saya sebagai penyampai radio dahulu buatkan diri saya terlampau sibuk. Cuma, kalau ada tawaran tu, saya akan pertimbangkan terlebih dahulu,” ujarnya.

Faizal berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual untuk program-program TV Al Hijrah sempena Hari Raya Aidil Adha.

Sebelum ini, Faizal pernah menjadi penyampai radio di Era dan Hot FM dan kini dia telah berhijrah ke arah keagamaan sejak pulang dari United Kingdom tahun lalu dan kemudian menyertai jemaah Tabligh.

Sementara itu, mengenai pembabitannya sebagai pengacara dalam program La Tahzan, Faizal berkata dia sememangnya mahu buat sesuatu yang baharu berlandaskan agama.

Akuinya, dia juga ada menerima tawaran program berbentuk hiburan memandangkan masih ramai yang belum tahun tentang penghijrahannya.

“Saya menyepikan diri dalam tempoh yang lama untuk perbaiki diri dan hubungan saya dengan yang Maha Pencipta. Itu yang saya buat sepanjang saya senyap.

“Kemudian saya tolak tawaran program berbentuk hiburan kerana memang dah tak nak. Saya nak buat sesuatu yang baru dan berlandaskan agama. Itu yang saya niat,” ujarnya.

Namun begitu, beberapa hari yang lepas dia telah ditawarkan untuk mengacarakan sebuah program.

“Allah itu Maha Kuasa, Dia beri jawapan kepada saya, dengan beberapa hari yang lepas wakil TV Al Hijrah hubungi saya untuk menjemput mengacarakan sebuah program.

“Saya anggap Lah Tahzan ni sebuah program yang menarik apabila cuba mendekati golongan yang bermasalah dan ia sangat baik dalam situasi sekarang. Walaupun last minit, saya tak fikir panjang untuk memberikan keputusan,” ujarnya.

La Tahzan adalah sebuah program siaran langsung secara hybrid (Clubhouse TV) yang dikendalikan oleh dua orang pengacara terkenal iaitu Faizal Ismail dan Abby Fana.

Program berkenaan mengupas tajuk-tajuk serta permasalahan orang ramai terutamanya masalah yang mereka hadapi sepanjang PKPD dilaksanakan.

Faizal Ismail dan Abby Fana akan ditemani panel berlainan setiap hari bagi menjawab persoalan penonton secara virtual.

Ia disiarkan pada 6 hingga 18 Julai 2021 pada pukul 9 malam, manakala bermula pada 9 Julai, ia disiarkan setiap hari Rabu hingga Ahad pada pukul 6.00 petang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button