Cerita ArtisHiburan

Mahu Merancakkan Arena Seni Tempatan, Ace Talent Sasar Gilap Lebih Ramai Bakat Baharu

Selepas negara diduga dengan pandemik hampir dua tahun, kini lapangan seni kembali bernafas, termasuk syarikat pengurusan artis Ace Talent menerusi pelbagai perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2022.

Pengarah urusan Ace Talent, Azuein Alonto berkata, pihaknya sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik dalam memastikan industri hiburan negara terus bernafas dengan mengenengahkan bakat-bakat terbaik.

“Bukan sekadar memenuhi permintaan industri, kami juga mencari kelainan dalam mempertaruhkan bakat baharu untuk menyemarakkan arena seni tempatan.

“Dalam usaha menghargai setiap anak seni mempunyai kelebihan tersendiri, di Ace Talent kami sentiasa membantu setiap artis naungan kami untuk pergi lebih jauh.

Ujar beliau, antara harapan Ace Talent adalah terus menjadi jenama pilihan dalam melahirkan lebih ramai bakat baharu dan mereka sentiasa yakin dengan strategi dan misi yang dibawa syarikat.

“Di Ace Talent kami sentiasa melihat potensi dalam artis yang kami uruskan. Bukan itu sahaja dalam memastikan peminat seni di negara ini terus diberi pilihan untuk mendapatkan lebih ramai pendatang baharu dalam industri menjadi harapan kami juga untuk terus menggilap lebih ramai bakat baharu.

“Untuk tahun 2022 kami juga sudah mengatur pelbagai perancangan dalam memastikan nama Ace Talent menjadi pilihan lebih ramai artis untuk mengembangkan karier mereka bersama kami,”katanya.

Sementara itu, berkongsi keberkatan dan kemanisan Ramadan kali ini, buat pertama kali juga Ace Talent turut melancarkan lagu raya nyanyian artis Ace Talent berjudul OoTD Raya.

Yakin akan lagu ini bakal mendapatkan tempat di hati pendengar, apa yang lebih penting, jelas Azuein lagu nyanyian Moleque ,Unknown, Cikidot (zarol), Aliff idham dan Al Farabi ini juga mempunyai keunikan tersendiri.

Jelasnya, lagi tersebut merupakan ciptaan Cat Farish bersama barisan pengarah Ace Talent ini adalah bukti kemampuan mereka dalam memberikan produk seni yang berkualiti.

“Memang setiap tahun akan ada lagu raya baharu yang dikeluarkan ramai penyanyi. Cumanya kami tidak melihat lagu ‘OoTD Raya’ ini sebagai saingan mana-mana lagu raya lain.

“Di Ace Talent kami sentiasa mahu wujudkan kelainan. Menerapkan konsep yang sama untuk lagu ini menjadi harapan kami agar lagu ‘OoTD Raya’ ini mendapat tempat di hati pendengar,” jelasnya.

. Muzik Vide Ootd Raya akan dilancarkan pada 11 April ini pada pukul 8.00 malam dan boleh ditonton di Ace Talents YouTube Channel. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button