Cerita ArtisHiburan

Mahu Suasana Kerja Yang Sihat & Selamat, Siti Nurhaliza Pastikan Semua Pekerjanya Ambil Suntikan Vaksin Covid-19

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan bahawa dia memastikan semua pekerjanya di pejabat dan rumah sudah mengambil suntikan vaksin Covid-19.

Siti berkata, ia adalah sebagai langkah untuk mewujudkan suasana kerja yang selamat dan keadaan kesihatan yang terjamin terhadap pekerja dan keluarganya.

“Saya sendiri pun ambil vaksin, begitu juga dengan orang yang bekerja dengan saya. Namun, tidak bermakna mereka yang enggan mengambil vaksin itu tidak sihat. Mereka ada cara mereka tersendiri.

“Setiap orang ada hak terhadap proses vaksin. Apapun, setelah saya dan pekerja yang lain ambil vaksin, kami rasa lebih selamat untuk terus bekerja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Dan Sidang Media Simplysiti yang diadakan di Menara Kuala Lumpur kelmarin.

Sebelum ini, isu mengenai segelintir golongan selebriti yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 menjadi bualan orang ramai.

Malah, ramai netizen yang turut memberi kecaman terhadap mereka yang dikatakan berkeras untuk mengambil suntikan vaksin dengan pelbagai alasan.

Dalam pada itu, Siti menyatakan dia tidak akan bertanyakan sama ada orang yang ditemuinya itu sudah mengambil vaksin atau belum.

“Kalau sudah bekerja dan berjumpa orang, saya tidaklah akan tanya dia dah ambil vaksin atau belum. Lagipun saya percaya sudah banyak tempat, termasuk produksi atau stesen televisyen yang mempunyai garis panduan dengan mewajibkan individu yang terbabit sudah mengambil vaksin. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button