Cerita ArtisHiburan

“Maka Bermulalah Perjalanan Baru Kami Sebagai Pasangan Suami Isteri” – Remy Ishak Kini Sah Jadi Milik Ezza Yusof

Pelakon popular Remy Ishak telah selamat bernikah bersama pilihan hatinya Ezza Yusof sebentar tadi dalam satu acara ringkas di Masjid Negara Kuala Lumpur.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof, manakala Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), sesi pernikahan ini hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya Rozman Yusof.

Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, turut ditatarias oleh juru make up Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah.

Menurut Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar dan pasangan tersebut turut menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat.

“Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami & isteri, mohon mendoakan kebaikan & kesejahteraan buat kami berdua,” ujar Remy.

Pernikahan pasangan tersebut telah beberapa kali tertunda sejak Mei kerana negara masih dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19.

Terdahulu Remy Ishak telah membuat pengumuman esklusif melalui satu temuramah bersama program Gempak TV di Astro Ria Saluran 104 HD tentang tarikh pernikahannya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
13
+1
4
+1
1
+1
2
+1
0
+1
5
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button