
Pada 19 Oktober lalu Pizza Hut dan Universal Music Malaysia telah menyatukan peminat pizza dan muzik pada malam konsert ‘The Singing Pizza’ yang menampilkan gandingan hebat dalam kepelbagaian citarasa dan irama.
Lebih daripada 500 orang penonton telah hadir untuk menyaksikan persembahan eksklusif dari tujuh artis terkemuka bertempat di Auditorium Muzik Bentley di Petaling Jaya.
Konsert tersebut merupakan acara penutup bagi kempen ‘The Singing Pizza’ dan kerjasama bersejarah di antara kedua-duanya itu bermatlamat untuk menghubungkan dan memberi aspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani hidup dengan lebih bermakna menerusi pengalaman menikmati pizza yang dipertingkat menerusi elemen muzik.
Penyanyi Aman Ra telah membuka pentas dengan lagu Rap popularnya berjudul Budak Flat dan diikuti dengan lagu terbaharu iaitu Fighter dan Bangun.
Kemudian persembahan diteruskan dengan Zen yang memukau perhatian dengan lagu terbaharunya If I Knew. Penyanyi bersuara merdu itu juga mengejutkan peminat dengan medley Kenangan Terindah dan See You Again.
Konsert pada malam itu diteruskan dengan permainan interaktif “Blind Pizza Tasting” yang memberi peluang kepada empat peminat bertuah untuk naik ke pentas bersama Aman Ra dan Zen.
Penyanyi baru, Shalma Eliana meneruskan acara dengan persembahan lagu pertamanya Kenangan Terindah, diikuti dengan lagu berentak R&B berjudul If I Ain’t Got You dan lagu terbaharunya iaitu Mahukah Kamu.
Acara dihangatka lagi apabila Alvin Chong tampil menggamitkan suasana dengan persembahan mantap menerusi lagu Tajam dan Ben Ni Chong Ai dengan gubahan semula lagu popular Cinta Luar Biasa.
Menariknya, peminat turut terpesona apabila bintang sensasi Fattah Amin mengalunkan lagu romantik berjudul Isterimewa dan 1234U.
Pasangan duet ThomasJack pula membuktikan bakat mereka dengan lagu berjudul Rumours, nyanyian semula Ku Juga Mencintaimu dan Mungkin Nanti berduet dengan Zen.
Sebelum tirai dilabuhkan, Fazura mengakhiri malam penuh pesona tersebut dengan lagu popularnya Bangun. Persembahan Fazura dihangatkan lagi dengan duet bersama dengan suaminya, Fattah Amin yang mendendangkan lagu Paling Sempurna, Bisa Apa dan Can’t Forget Me.
Penonton yang hadiri turut diimbau dengan segmen “Pizza Hut Moment” throwback, di mana peminat-peminat bertuah dapat merasai pengalaman istimewa bersama artis kegemaran mereka, termasuk sesi membuat pizza bersama Fattah Amin, sesi manicure dan minum petang di Pizza Hut bersama Shalma Eliana, bengkel tarian dikendalikan oleh ThomasJack dan Zen disusuli sesi jamuan pizza, sesi istimewa di studio bersama Aman Ra diikuti dengan makan malam di Pizza Hut. – KopiPlanet.com