Cerita ArtisHiburan

“Mama Tak Nak Kahwin Lain Sebab Dia Nak Jumpa Ayah Di Akhirat” – Kaka Azraff Ucap Selamat Hari Bapa Buat Semua Ibu Tunggal

Sempena dengan sambutan Hari Bapa pada hari ini, ternyata ramai yang tidak ketinggalan untuk memberikan ucapan.

Menariknya, penyanyi Kaka Azraff turut memberikan ucapan istimewa buat ibunya yang tercinta.

“For more than 20 years selepas ayah pergi, mama besarkan anak-anak sendiri. Sorang-sorang. Mama taknak kahwin lain sebab dia nak jumpa ayah di akhirat, InshaAllah mama dengan izinNya.

“Mama kerja, mama bayar semua bill, mama handle semua anak sendiri. Membesar dengan melihat usaha mama seorang diri buat semua ni, buat kaka jadi kuat semangat utk kejar impian kaka iaitu, ‘nak buat mama hidup senang’,” tulisnya.

Dalam catatannya itu lagi, Kaka memberitahu bahawa impiannya sekarang ini adalah untuk membahagiakan ibunya.

Ujar penyanyi itu lagi, ibunya juga telah mengambil tugas arwah ayahnya dengan sempurna.

“Thats my dream, membahagiakan mama. And i will never stop selagi mama masih ada. Janji! Bagi Kaka, selepas pemergian Ayah, mama tak pernah buat kami adik beradik berasa kurang.

“Jadi untuk itu, Selamat Hari Ayah mama. Sebab mama ambil tempat Ayah dengan sempurnanya. I love you so much! I miss you soo much!,” ujarnya.

Menurut Kaka, selepas pandemik berakhir, dia mahu membawa ibunya itu pergi bercuti.

“Nanti bila semua ni dah berakhir, kaka nak bawak mama bercuti. Okay? InshaAllah. Love you my real superwoman!

“Wanita kuat, wanita hebat. Selamat Hari Bapa kepada semua single mothers out there! Kamu semua hebat!,” ujarnya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button