Cerita ArtisHiburan

Mamat Diperintah Mahkamah Jalani Rawatan Psikatri Di Hospital Permai

Vokalis kumpulan Exists, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamaruddin, dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru bagi menjalani rawatan psikatri bermula hari ini.

Menerusi laporan portal BH Online, perintah berkenaan dikeluarkan Mahkamah Majistret terhadap penyanyi lagi Rahsia Pohon Cemara itu semasa pendakwaan bagi dua tuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.

Mamat ketika ditemui semasa diiring keluar daripada mahkamah memaklumkan dia akan dihantar bagi menjalani rawatan itu.

“Saya sedang hadapi kes mengikut 39C Akta Dadah Berbahaya 1952. Saya perlu dihantar ke Hospital Permai untuk rawatan lanjut psikatri mulai hari ini.

“Semoga peminat dapat beri sokongan untuk saya teruskan dalam aktiviti seni selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, peguam Mamat iaitu Azlina Abdul Aziz berharap anak guamnya itu diberi peluang kedua dan memaklumkan kes yang didakwa ke atas Mamat itu adalah kes lama.

“Semasa ditahan dan diperiksa anak guamnya itu bebas bahan terlarang, namun berada dalam senarai kehendaki berikutan kes dadah lama pada 2019.

“Kita doakan untuk Mamat. Hari ni akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Untuk pengetahuan, Mamat sudah lama 10 tahun ada hidap penyakit mental, dalam tempoh itu mamat makan ubat dan dapat suntikan ubat.

“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari ini untuk tarikh keputusan laporan perubatan psikatri. Saya percaya Mamat boleh (berubah) kita tahu dia banyak kes tetapi percaya peluang kedua.

“Kes yang didakwa Mamat pada hari ini adalah kes lama, yang sebelum ini diberi jaminan polis, tetapi tidak diteruskan atas sebab pegawai penyiasat mengalami kemalangan teruk dan tidak lagi berkhidmat dengan PDRM,” katanya.

Mamat ditahan pada 7 Januari lalu ketika bersama seorang rakan pada jam 2 pagi di Taman Perling, semasa pemeriksaan rutin polis. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: BH Online

Kredit gambar: Bernama

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button