Cerita ArtisHiburan

“Mana Ada Saya Bergaduh Dengan Hannah Delisha” – Syafiq Kyle

Pelakon Syafiq Kyle menafikan dakwaan yang mengatakan dia bermasam muka dengan pelakon gandingannya menerusi filem Langsuir, Hannah Delisha.

Menurut Syafiq, dia tidak mengetahui dari mana khabar angin sebegitu boleh timbul dan mengakui ada mendengar mengenai perkara itu sebelum ini.

“Dakwaan mengatakan kami bergaduh dan bermasam muka tidak benar. Hubungan kami masih baik, berkawan seperti biasa dan tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku.

“Saya ada juga dengar-dengar tentang hal ini tapi kami memang tiada masalah dan boleh bekerjasama di antara satu sama lain. Itu semua tidak betul bila orang kata saya ada masalah dengan Hannah,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Syafiq ditemui pada pada mala gala filem Langsuir di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara semalam.

Khabar angin itu dipercayai tercetus apabila kedua-duanya dikatakan mengelakkan diri daripada bergandingan bersama dalam sesi fotografi bagi mempromosikan filem bergenre seram romantik itu.

Namun, menurut aktor berusia 26 tahun itu, perkara itu terjadi bukan disebabkan mereka bermasam muka sebaliknya kekangan jadual mereka yang saling bercanggah menyebabkan mereka tidak dapat memberikan komitmen untuk menjalani sesi fotografi tersebut.

“Sejujurnya kami agak sibuk dengan penggambaran dan kerja masing-masing, jadi tak dapat nak cari waktu yang sesuai.

“Selalunya kalau saya menjalani penggambaran, Hannah lapang dan begitulah sebaliknya pula dan disebabkan itu susah untuk kami cari masa yang sama-sama tidak terikat dengan komitmen kerja lain pada ketika itu.

“Tapi bagi promosi filem Langsuir ini kami tiada masalah untuk penuhi sesi fotografi bersama pihak media.. malah esok (hari ini) kami akan menjalani penggambaran bersama pihak akhbar untuk tujuan mempromosikan filem ini,” jelasnya lagi.

Filem pertama lakonan Syafiq ini turut membariskan pelakon seperti Hannah Delisha, Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Daaim Jailani, Shahkimin, Nazri John dan Halim Radzi.

Langsuir yang diarahkan Osman Ali ini akan menemui penonton seluruh negara bermula 20 September ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Syafiq Kyle

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button