FilemTerkini

Manap Karaoke Kisah Lucu Aktiviti Perniagaan Karaoke Bergerak

Jika aktiviti karaoke biasanya dilakukan di sebuah bilik berhawa dingin dengan set kelengkapan nyanyian, pastinya konsep karaoke bergerak adalah sesuatu yang cukup unik.

Itulah yang ditampilkan menerusi filem Manap Karaoke, sebuah kisah mengenai Manap bersama rakan-rakannya yang menghiburkan penduduk menerusi karaoke bergerak dengan menggunakan sebiji lori.

Pengarah Manap Karaoke, Mamat Khalid berkata, keistimewaan filem ini bukan sahaja tertumpu pada penceritaan dan watak semata-mata, tetapi ia juga mengembalikan nostalgia lagu-lagu 90an yang masih popular hingga saat ini.

“Saya anggap ini adalah masa yang sesuai untuk tampilkan filem komedi dalam keadaan sekarang, pasti ada di antara kita yang risau, tertekan mahupun kebosanan.

“Jadi, saya harap karya ini dapat menghiburkan dan memberi semangat kepada penonton dengan jenaka dan lagu-lagu yang boleh membuat mereka menyanyi bersama. Ini juga adalah khas buat penonton dan peminat yang rindukan karya saya di pawagam,” ujarnya.

Dihasilkan oleh produksi Enjit Enjit Semut dan dibawakan oleh Astro Shaw, ia menampilkan barisan pelakon seperti Joey Daud (Manap), Pekin Ibrahim (Rauf Bogiba), Mona Allen (Jamizan), Ropie (En Kamarulzaman), Sharwani NS (Wahab B), Imuda (Pak Mid), TJ Isa (Mat Khuda), Arwah Rab Khalid (Taiko Tai), Arwah Man Kadir (Tok Imam), Ziema Din (Kak B Vavavom) dan ramai lagi.

Sementara itu, Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya sentiasa berusaha untuk membawakan konten-konten yang terbaik buat penonton Astro ketika tempoh PKP ini.

“Manap Karaoke adalah sebuah filem komedi yang sarat dengan mesej positif yang boleh diambil sebagai teladan. Ia juga bertepatan dengan tema ramadan Astro ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’, di mana Astro Shaw mempersembahkan sebuah filem yang ada nilai hubungan persaudaraan serta mampu mengukir senyuman serta mengembirakan dengan lawak jenaka yang sesuai untuk tontonan setiap lapisan masyarakat.

“Astro percaya bahawa keutuhan sesebuah ikatan bermula daripada senyuman dan ini membolehkan rakyat Malaysia bersatu dalam menghadapi apa jua cabaran,” jelasya.

Kisah Manap Karaoke bermula apabila Manap mendapat idea untuk membuka pusat karaoke lain daripada yang lain, iaitu karaoke bergerak. Wahab B menawarkan lori ayahnya dan menjadi pembantu untuk menguruskan peniagaan bersama Manap. Jadi, bermulalah bisnes karaoke mereka. Macam-macam insiden lucu terjadi ketika sesi karaoke dijalankan. Bisnes mereka juga mendapat sambutan hangat oleh penduduk kampung tidak kira bangsa dan peringkat umur.

Sementara itu, bisnes karaoke Rauf Bogiba di kampung mereka semakin tidak mendapat sambutan. Rauf Bogiba tidak berpuas hati dan menyerang Manap sehingga berlaku pergelutan dan memusnahkan karaoke bergerak Manap. Bermulalah ‘perang’ di antara Manap dan Rauf Bogiba.

Jangan lupa untuk sewa Manap Karaoke, buat pertama kalinya ditayangkan terus di pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 7 Mei 2020. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Manap Karaoke selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Manap Karaoke, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro
Shaw. Penonton juga boleh berhibur dengan Manap menerusi TikTok Manap. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button