Cerita ArtisHiburan

Marsha Kerjakan Umrah Kali Kedua, Doa Nak Cepat Timang Anak

Bakal mengerjakan ibadah umrah buat kali kedua, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh berkata dia berhajat memanjatkan doa agar segera dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Marsha akan berangkat ke tanah suci pada 8 November ini bersama-sama suami dan ahli keluarga suaminya.

“Untuk kali kedua ini, saya dah tahu serba sedikit apa nak buat tak sama ketika kali pertama dulu saya sedikit naif tak tahu nak jangka apa.

“Saya nak jaga tata tertib dan perbualan sepanjang berada di tanah suci dan doakan ibadah saya sekeluarga dipermudahkan.

“Kalau boleh saya nak berdoa ada rezeki menimang cahaya mata. Bukanlah saya pergi untuk kali kedua ini semata-mata untuk itu, sebaliknya ia adalah rezeki buat saya apabila sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke tanah suci. Keluarga mertua pun sangat membantu saya sepanjang mengerjakan ibadah ini tahun lalu,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Marsha, 33, ditemui pada majlis pratonton filem Tujuh di MM2 Cineplexes, Damansara baru-baru ini.

Selain Marsha, Tujuh turut dibintingi Johan As’ari, Aeril Zafrel, Cristina Suzzane, Siti Saleha, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Faizal Hussein, Dee Dee Nash dan Wan Hanafi Su. Filem arahan Raja Mukhriz itu bakal ditayangkan bermula 8 November ini.

Untuk makluman, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada tanggal 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button