Cerita ArtisHiburan

Masih Difitnah Anti Vaksin, Lufya Omar Tampilkan Bukti Sudah Ambil Dos Pertama Suntikan Vaksin

Penyanyi popular Lufya Omar menyatakan masih ada segelintir individu yang melemparkan fitnah terhadap dirinya berkenaan anti vaksin.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lufya mendedahkan bahawa dirinya sudah letih dengan perkara tersebut.

“Penat la. Letih dengan fitnah dan soalan yang bukan-bukan. Ada lagi yang DM nak menuduh Fya macam-macam.

“Fya nak beritau yang Fya bukan anti-vak. Penat la nak layan perkara-perkara yang macam ni,” luahnya.

Pada masa sama, penyanyi itu turut berkongsi sekeping gambar daripada info di MySejahtera yang membuktikan bahawa dirinya sudah mendapatkan suntikan dos pertama pada 17 Jun lalu.

Dalam pada itu, Lufya menjelaskan supaya ada kefahaman mengenai ‘herd immunity dan menyatakan kepentingan untuk memilih vaksin yang terbaik dan halal.

“Kita paham ada itu ‘herd immunity’ dan faham kepentingan vaksin terhadap masyarakat juga.

“Yang penting pilih vaksin yang terbaik dan halal. Lepas ni udah-udahla nak bangkitkan tentang isu vaksin ni,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Lufya

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button