Cerita ArtisHiburan

Mat Kola Jadi Karya Sulung, Hafiz Nafiah Berdebar Tunggu Reaksi Penonton

Pengarah Hafiz Nafiah menyatakan perasaan berdebarnya menunggu reaksi penonton untuk filem pertama arahannya, Mat Kola.

Hafiz berkata, dia mengambil masa selama 20 tahun sebelum mengambil langkah berani untuk bergelar seorang pengarah.

“Apabila mendapat tawaran untuk mengarahkan Mat Kola memang timbul kerisauan, namun masanya sudah tiba untuk duduk di kerusi pengarah dan peluang dan kepercayaan daripada penerbit, Azman Ahmad tidak harus dilepaskan. 

“Bukan tidak percaya diri, cuma biarlah saya dapatkan lebih banyak pengalaman serta ilmu pengarahan dan kerja belakang tabir sebelum duduk di kerusi pengarah,” ujarnya.

Hafiz berkata, dia sudah lama bersedia untuk menjadi pengarah drama, tetapi tak sangka yang datang adalah tawaran filem.

Jelasnya yang juga seorang pelakon, filem terbitan AA Success Pictures Sdn. Bhd. itu cukup bermakna dalam portfolio seninya dan kepercayaan itu digalas dengan penuh rasa tanggungjawab serta dedikasi.

Filem Mat Kola berkisar persahabatan tiga anak jati Kuala Kedah iaitu Mat Ki lakonan Usop Mentor, Mat Yon (Azman) dan Mat Not (Taiyuddin Bakar).

Antara lain, plot cerita berkisar gelagat dan liku dilalui tiga sahabat itu dalam mengusahakan gerai burger yang menjadi sumber ekonomi golongan belia.

Selain Usop, Azman dan Taiyuddin, filem Mat Kola menampilkan Rozita Che Wan yang melakonkan watak (Che Som); Ropie (Pak Sheikh); Putri Hanan (Maliah); Fendi London (Bang Lah) dan Mohd Hafeezul Yop (Joe Klipop).

Sementara itu, Hafiz yang juga bertindak sebagai penerbit penyelaras dan lakon layar menganggap Mat Kola sebagai permulaan untuk membuktikan kerjaya sebagai sutradara.

“Penggambaran filem ini dilakukan pada Oktober 2021 selama hampir tiga minggu dan menelan belanja RM1 juta.

“Filem ini mengambil masa selama dua tahun untuk ditayangkan kerana banyak kekangan seperti proses suntingan, kerja teknikal dan sebagainya,” katanya.

Mat Kola sudah memulakan tayangan di pawagam seluruh negara mulai hari ini (21 September 2023). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button