HiburanSelebriti

Mawar Karim Beri Amaran Ada Pihak Cuba Menyamar Jadi Ibu & Bapanya Minta Buat Pemindahan Wang

Usahawan selebriti Mawar Karim memberi amaran terdapat pihak yang cuba menyamar menjadi ibu dan bapanya.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Mawar menerusi Insta Story miliknya.

“For those yang mengenali my parents. Mr Aminuddin & Mrs Faridah phone my dad n my mum kena hacked.

“Scammers ada minta yang ‘konon’nya berlakon jadi my parents guna number phone parents saya jugak minta transfer duit ke ‘account scammers’,” jelasnya.

Ujar Mawar yang juga bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu lagi, pihak keluarganya memandang serius mengenai perkara berkenaan.

Jelasnya, kepada yang mengenali keluarganya supaya tidak sesekali mempercayai Whats App tersebut dan jangan terpedaya untuk membuat pemindahan wang.

“Kami akan buat laporan untuk tindakan lanjut kepada scammers yang tidak bertanggungjawab.

“Harap maklum. Kerjasama kalian amat kami hargai,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button