Cerita ArtisHiburan

Menang ABP 35, Bell Ngasri Dapat Hadiah Kereta Mini Cooper Bernilai RM200,000

Setelah memenangi Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular 35 (ABP35), pelakon Bell Ngasri mendapat kejutan.

Yang terbaru, Bell telah mendapat sebiji kereta 
Mini Cooper bernilai RM200,000 sumbangan DTC Motors Sdn. Bhd.

“Saya sangat terkejut dengan hadiah sebiji kereta yang selesa. Ia adalah kereta idaman saya dan isteri saya.

“Terus terang saya tak cukup tidur pasal pemberian kereta. Saya tak kisah apa sahaja jenis kereta saya sanggup terima. Saya sangat bersyukur dengan pemberian ini,” ujarnya.

Bell berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pemberian kereta yang berlangsung di ibu pejabat DTC Motors hari ini.

Selain Bell, turut hadir pada acara berkenaan adalah ahli keluarga pelakon itu serta barisan penyampai radio Hot FM.

Menurut Bell, apa yang diraih ini adalah rezeki buat dirinya, meskipun ada yang mempersoalkan mengenai hadiah kemenangan yang diterima ketika diumumkan sebagai pemenang ABP 35. – Kopiplanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button