Cerita ArtisHiburan

Mengaku Dirinya Kini Sudah Single, Amelia Christie Beritahu Tiga Ciri-Ciri Lelaki Idamannya

Sebelum ini, hubungan antara pelakon popular, Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie menjadi bualan ramai apabila kedua-duanya tidak lagi mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Malah, Sharnaaz sendiri memaklumkan bahawa dia tidak pernah mengiya atau menidakkan tentang hubungan istimewa yang terjalin antara mereka.

Yang terbaharu, menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun TikTok @adeline_hq, Amelia sendiri menyatakan status dirinya sekarang ini adalah single.

“Kita kena beritahu kita single…” ujarnya ringkas.

Dalam pada itu, menerusi video berkenaan juga pelakon Histeria The Series tersebut turut memaklumkan mengenai tiga ciri-ciri lelaki idamannya.

“Tanggungjawab, sopan santun, baik hati,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button