Cerita ArtisHiburan

“Menyesal Kahwin Is So Real!” Rumah Tangga Shuk Sahar & Fara Salleh Kini Sedang Bergolak?

Biarpun usia perkahwinan Shuk Sahar dan Fara Salleh belum mencapai setahun, namun kini kelihatan rumah tangga mereka seperti kelihatan bergolak.

Ia berikutan posting yang telah dimuatnaik oleh Fara menerusi aplikasi media sosial Thread yang menyatakan dirinya kesal apabila berkahwin.

“Menyesal kahwin is so real!” tulisnya.

Dalam posting berikutnya, Fara menafikan dakwaan seorang individu yang menyatakan dirinya berebut suami orang sehingga Shuk bercerai dengan bekas isterinya.

Dedah Fara, ketika Shuk menjalinkan hubungan dengannya, pelawak dan bekas penyampai radio itu juga sebenarnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

“Saya tak pernah rebut dia awak… dan dia bukan ada saya seorang ye kalau nak tau zaman tu. Boleh tanya sendiri tuan badan yang claim tu.

“Allah saksi saya. And circle of his friend pun tau benda ni. Saya simpan semua conversation with other girl tooooo!!! Am not the reason. Saya tak pernah bersuara pasal ni. Selama ni saya diam,” jelasnya.

Pada masa sama, menjawab soalan seorang lagi individu yang bertanyakan apa harapannya setelah membuat kenyataan, Fara menegaskan agar dia diceraikan.

“I hope he realise my statement and divorce me,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button