FesyenGaya Hidup

Meriah… Pengasas Bawal Exclusive Peraga Busana Bernilai RM250,000 & Dihiasi 83,900 Butir Kristal Swarovski

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri tampil dengan dengan kejutan tersendiri apabila memperagakan busana istimewa yang bernilai RM250,000.

Diperagakan sempena Majlis Makan Malam Bawal Exclusive yang berlangsung di Hotel Sunway Resort malam tadi, busana berkenaan adalah rekaan Rizalman Couture yang dihiasi penuh dengan 83,900 butir kristal Swarovski.

“Saya sudah rancang untuk hasilkan baju ini sejak awal tahun dah akhirnya terhasilah busana yang mana fabriknya diimport dari United Kingdom. Ia mengambil selama hampir setahun memandangkan ia dijahit secara handmade.

“Selain itu, saya beri kepercayaan kepada Rizalman Couture menghasilkan busana ini kerana mereka sangat detail itu yang memberikan saya keyakikan, malah untuk acara-acara besar juga saya menggunakan khidmat mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa  majlis makan malam yang cukup gemilang dengan kehadiran tetamu melebihi 800 orang. 

Bercerita lebih lanjut mengenai busana berkenaan, beliau memaklumkan sebagai rakan penjenamaan bersama Swarovski, kristal yang digunakan juga adalah tulen.

“Inilah hasilnya dan memang rasa amat berat dan sukar untuk digambarkan penampilan saya. Apapun Rizalman dapat memberikan apa yang saya impikan.

“Sebenarnya sebelum berjumpa Rizalman, saya cuba mencari beberapa pereka fesyen di Turki, tetapi agak sukar kerana perlu fitting dan ulang alik ke sana. Jadi, saya rasa satu-satunya pereka fesyen yang dapat memenuhi kehendak saya adalah Rizalman,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai majlis makan malam yang dianjurkan, buat julung-julung kalinya majlis berkenaan diadakan dengan begitu mega sekali bertemakan Magnificent Century yang berlatar belakangkan sejarah kerajaan Utmaniah. 

Pemilihan tema berkenaan dibuat kerana Haliza cukup mengagumi sejarah kerajaan yang diterajui oleh umat Islam serta teruja dan menjadikan kisah tersebut sebagai satu inspirasi dalam kehidupan seharian beliau.

Sementara itu, bersempena dengan ulang tahun  ke-25, Bawal Exclusive turut membuat bidaan bagi rekaan tudung pertama yang dikeluarkan khas sempena ulang tahun ini iaitu Bawal Tabur.

Dengan harga pembukaan iaitu RM25, tudung Bawal Tabur tersebut berjaya dibida dengan harga paling tinggi iaitu sebanyak RM78,000.

Istimewanya, hasil jualan bidaan tersebut akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button