Cerita ArtisHiburan

MFMF Sasar Lebarkan Sayap Ke Peringkat Antarabangsa, Hasilkan Lagu Rindu Versi Bahasa Korea

Trio penyanyi dan komposer bergelar MFMF kini melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa apabila mengetengahkan lagu Rindu dalam tiga versi bahasa iaitu Korea, Mandarin dan Melayu.

Menamakannya sebagai trilogi Rindu, MFMF menyifatkan karya dalam tiga versi bahasa itu bagi mengetengahkan budaya Malaysia kepada pengetahuan pendengar global.

Wakil MFMF, Brendan Lim berkata, impian mereka tercapai apabila menghasilkan karya dalam bahasa Korea biarpun pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. 

“Sebenarnya, lagu versi asal dalam versi bahasa Melayu. Namun, selepas mendengar semula kami merasakan lagu Rindu kedengaran bagus sekiranya dinyanyikan dalam bahasa lain seperti Korea. 

“Ini kerana memang impian kami menghasilkan lagu dalam bahasa Korea. Secara kebetulan, MFMF ada satu sesi menulis lagu dalam talian untuk penyanyi K-Pop. Dari situ, MFMF bertemu

penyanyi dan komposer Korea, Jimmy Brown.

Selepas melihat cita rasa agak serasi, kami mengajukan mengenai kolaborasi. Tak sangka, Jimmy bersetuju,” ujarnya.

Selain Brendan, MFMF turut dianggotai Justin Seow dan Wee Zhen Yong dan mula menempa nama sejak dua tahun lalu apabila mengha- silkan lagu hits seperti Bujang dendangan Hael Husaini dan Peluang Kedua (Nabila Razali).

Mengenai pembikinan lagu berkenaan, mereka rasa berbangga proses rakaman berjalan lancar kerana Jimmy sangat mudah bekerjasama.

Brendan berkata, usaha bersama Jimmy dilihat mampu dijadikan sebagai batu loncatan untuk MFMF mengeksport muzik tempatan ke peringkat global.

“Rindu versi Korea adalah lagu Korea pertama yang mengandungi lirik bahasa Melayu. Jadi, ini adalah langkah pertama MFMF untuk mengetengahkan muzik Malaysia.

“Ia juga sebagai satu pendedahan membawa muzik tempatan ke pasaran antarabangsa.

“Kami berterima kasih kepada Jimmy membuka laluan ke- pada MFMF ke Korea, sama juga seperti Hael yang membuka jalan kepada kami dalam industri muzik tempatan.

“MFMF baru dua tahun dalam industri tempatan, namun sudah banyak pencapaian. Kami bersyukur dan akan terus ber-karya. Impian terbesar kami mahu membawa karya tempatan ke luar negara,” katanya.

Meluahkan harapan untuk melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa, MFMF turut merancang kolaborasi dengan penyanyi K-Pop lain dari syarikat pengurusan terkenal di Korea, YG Entertainment.

Jelas Brendan, MFMF merancang ke Korea sekiranya situasi mengizinkan bagi bolehkan berkolaborasi dengan rakan Jimmy di sana.

“Menerusi kerjasama dengan Jimmy, kami ada banyak rujukan, sesetengahnya membabitkan kolaborasi bersama artis indie, ada juga di bawah label besar.

“Namun, buat masa ini, saya tidak boleh berkongsi nama lagi sebab masih dalam fasa peranca- ngan. Namun, ada beberapa nama besar dalam senarai.

“Segala-galanya masih dalam perancangan dan diharapkan im- pian kami untuk dikenali di pasa- ran global tercapai.

“MFMF sedar ramai pemuzik yang menyasarkan pasaran Amerika Syarikat, tetapi kami mera- sakan industri muzik Korea akan menjadi pasaran terbesar,” ujarnya.

Dalam pada itu, lagu Rindu versi Korea dikeluarkan dahulu pada 29 Oktober lalu, diikuti selang dua minggu versi Mandarin dan baha- sa Melayu pada 26 November lalu.

Berkongsi lanjut trilogi Rindu bahagian ketiga iaitu versi bahasa Melayu, Brendan berkata, ia mengetengahkan kolaborasi MFMF bersama penyanyi rap indie iaitu Airliftz dan Alex Ungku.

Gabungan MFMF bersama Airliftz dan Alex menjadikan lagu Rindu sebagai pertaruhan pertama dalam industri seni arus perdana. Ini juga adalah kali pertama bagi Airliftz menyanyi dalam bahasa Melayu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button