Mia Ahmad Umum Hamil Lagi Lepas Keguguran Disember Lalu
Selepas mengalami keguguran pada awal bulan Disember lalu, pelakon Mia Ahmad mengumumkan dia kini sedang hamil cahaya mata kedua.
Pelakon drama Hati Perempuan itu mengumumkan berita gembira terbabit di laman Instagramnya sebentar tadi.
“Saya ingin berkongsikan berita yang saya kini sedang hamil. Pada mulanya agak sukar untuk saya berkongsikan khabar ini memandangkan saya baharu sahaja keguguran beberapa bulan lalu.
“Namun saya memberanikan diri untuk berkongsikan berita gembira ini dengan anda semua. Harap semua doakan kehamilan saya berjalan lancar,” tulisnya.
Dalam perkongsian itu juga, Mia, 31, memohon maaf kepada semua pihak termasuk penerbit, pengarah dan juga pihak media yang sukar untuk menghubungi dirinya sejak kebelakangan ini disebabkan keadaannya kini yang sudah berbadan dua.
Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi berkahwin dengan penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi, 27, pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Mia Ahmad