Cerita ArtisHiburan

Michael Ang Saran Beri Vaksin Terlebih Dahulu Kepada Pelajar, Pekerja Di Pasar & Kedai Makan Di Pusat Membeli-Belah

Pengarah popular Michael Ang menyarankan agar vaksin terlebih dahulu diberikan kepada golongan pelajar dan pekerja kedai makan di pusat membeli-belah.

Michael berkata, golongan berkenaan adalah lebih penting untuk diberikan vaksin.

“Salam semua! Terbaca ni tadi! Tepokkkkkk kejap lagi kita semua akan kena hencap dan di anjingkan! Anyway bagi aku la, vaksin kan dulu student-student tu and yang kena kerja kat pasar kat mall tempat makanan.

“I rasa dia org lagi penting kot! Kita artist ni sabar aje la buat covid test tu! Artist kan setiap kali kena cucuk dapat duit sebab Ada show baru kena cucuk kan so bertabah la tak payah la nak mintak potong que!,” tulisnya.

Michael mengulas mengenainya berikutan kenyataan Zed Zaidi yang mencadangkan selebriti menjadi frontliners diberi vaksin awal memandangan terlalu kerap membuat ujian swab.

Ujar pengarah itu lagi, apa yang dinyatakannya itu hanyalah sekadar pandangannya sahaja.

“Sekian terima kasih n sekadar PENDAPAT I AJE OK! Luv u all n stay safe! BTW Kalau tak dapat vaksin pun artist Malaysia Akan tetap guna pengaruh kita untuk suruh rakyat cepat-cepat ambik vaksin tu!

“That is what a Malaysian should do! Kita tolong kita selamat gitewwwww! Hehehehhehe,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Michael Ang

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button