Cerita ArtisHiburan

Mila Jirin Tak Malu Jual Durian Demi Kelangsungan Hidup Pekerja

Jika sebelum ini Mila Jirin menjalankan perniagaan jualan kek demi meneruskan kelangsungan hidup selepas pendapatan syarikat pengurusan perkahwinan miliknya turut terjejas akibat pandemik Covid-19, terbaharu selebriti ini tampil membuka sebuah gerai durian di Puchong, Selangor.

Menurut Mila, 33, dia tidak berasa malu untuk berniaga durian kerana memikirkan nasib pekerja-pekerjanya yang bergantung harap kepada pihak pengurusan demi meneruskan hidup masing-masing.

“Saya jual durian dari Balik Pulau (Pulau Pinang), Pahang dan Johor. Saya tidak malu untuk menjual durian kerana syarikat saya yang menjalankan perkhidmatan majlis perkahwinan tidak dapat beroperasi buat masa sekarang kerana wabak Covid-19.

“Pekerja juga bergantung harap kepada kami kerana ia melibatkan pendapatan mereka. Saya kira ini rezeki pekerja saya juga selain menampung kos operasi perniagaan saya selama ini.

“Jadi saya cuba terokai bidang baru ini. Alhamdulillah sambutan hangat dan terima kasih yang datang dan sanggup beratur untuk mendapatkan durian saya,” katanya memetik video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Mila yang merupakan juara Akademi Fantasia musim kelima menjalankan perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering yang berpangkalan di Subang, Selangor.

Pendapatan syarikatnya terjejas kerana aktiviti keraian masih tidak dapat beroperasi dijadualkan sehingga hujung tahun ini berikutan wabak Covid-19 yang sehingga kini masih belum ditemui vaksin pemusnahnya. – KopiPlanet.com

 

View this post on Instagram

 

Apa yang nak di malukan? ya memang betul saya jual DURIAN 👍

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button