AntarabangsaHollywood

Miley Cyrus Dedah Sebab Kenapa Tak Bersedih Bercerai Dengan Bekas Suami

Setelah lebih setahun bercerai dengan bekas suami, penyanyi Miley Cyrus akhirnya membuka mulut mengulas mengenai perpisahannya dengan aktor kelahiran Australia, Liam Hemsworth.

Menurut Miley, 28, dia langsung tidak bersedih atau menangisi perpisahannya dengan Liam kerana sepanjang kehidupannya dia sudah banyak kali melalui episod sedih yang membentuk kekuatan dirinya pada hari ini.

“Saya sudah melalui banyak trauma dan episod kehilangan insan tersayang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Rumah saya di Malibu pernah terbakar serta kehilangan nenek yang cukup rapat dengan saya memang ia sangat menyedihkan.

“Disebabkan saya pernah melalui episod sedih itu, saya tidak pernah bersedih di atas kegagalan perkahwinan sebelum ini. Bukannya saya seorang yang ego kerana tidak mahu menunjukkan perasaan sebenar saya tapi kalau saya bersedih pun, ia tidak mampu mengubah apa-apa pun,” ujarnya.

Pelantun The Climb ini berpisah dengan Liam pada Ogos tahun lalu selepas tujuh bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Perpisahan mereka didakwa kerana Miley menjalinkan hubungan sejenis dengan Kaitlynn Carter. Selepas berpisah dengan Kaitlynn, Miley berpacaran pula dengan penyanyi muda, Cody Simpson, 23, namun hubungan itu juga dikhabarkan sudah putus pada Ogos lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button