Cerita ArtisHiburan

Mimpi Berkahwin Dengan Dato Seri Vida, Roslan Shah Tiada Niat Mahu Cari Publisiti Murahan Atau Marketing

Artis serba boleh, Roslan Shah menyatakan dia tidak berniat untuk mencari publisiti murahan atau marketing berhubung pendedahannya mengenai mimpinya berkahwin dengan Dato Seri Vida.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia beranggapan bahawa perkara berkenaan bukanlah satu isu yang serius dan dia sendiri sudah berhubung dengan usahawan berkenaan.

“Maaf Kata… Cik Lan hanya Mimpi aje bukan isu ini serius pun dan Cik Lan hubungi Dato Seri Vida pagi tadi kasi settle dan tiada niat mencari publisiti murahan atau marketing tak terlintas fikiran pun.

“Jodoh, ajal dan maut Allah ditentukan….Cik Lan akui cik Lan seorang pelembut saja dan jangan menghina dan mengutuk dari luaran saja ya tetapi sifat kelakian itu tetap ada dan nafsu…sebagai manusia boleh berubah apa,” luahnya.

Jelas Roslan, dia tidak mahu perkara berkenaan juga diviralkan sehingga membuatkan netizen memaki hamun dan menghukum dirinya.

Ujarnya, dia juga telah berhubung dengan Iqbal menerusi pesanan mesej di Instagram dan menjelaskan ia hanya bermimpi sahaja.

“Janganlah Isu ini diviralkan sampai ada netizen sampai memaki hamun serta menghukum Cik Lan….Menghukum seorang dan menghina seseorang boleh terjebak kepada Ahli keluarga Anda sendiri Allah tunjukkan…..Cik Lan pun Mohon Maaf kepada Iqbal melalui pesanan message IGnya dan Isu ini Hanya permainan Mimpi Saja.

“Cik Lan memang tak kayak pun berkahwin dengan Dato Seri Vida kerana Cik Lan Bukan orang Kaya Raya Pun kerana Cik Lan Tahu seseorang Yang Akan mati ke Alam Kubur Hanya Keranda dan Amalan Kita di Dunia,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button