
Miranda Kerr Timang Anak Lelaki Kedua, Beri Nama Hart
Supermodel popular Miranda Kerr dilaporkan selamat menimang cahaya mata lelaki semalam.
Menurut sumber TMZ, Miranda dan suaminya, pengasas aplikasi Snapchat, Evan Spiegel telah sepakat memberikan nama Hart kepada anak mereka
Berita tentang kehamilan model kelahiran Australia itu mula dihidu sejak November lalu apabila perubahan di bahagian perutnya mendapat perhatian luar biasa daripada peminat.
Malah menerusi program hiburan Jimmy Kimmel Live, Miranda turut mendedahkan yang anak sulungnya, Flynn Christopher Bloom sudah tidak sabar menanti kelahiran adiknya.
Flynn, 6, merupakan anak hasil perkahwinan pertama Miranda dengan aktor Orlando Bloom.
Miranda dan Evan berkahwin pada 28 Mei tahun lalu di kediaman mereka di Califronia, Amerika Syarikat. Perkahwinan tertutup mereka hanya dihadiri 50 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja. – KopiPlanet.com