Cerita ArtisSelebriti

MK Anggap Waktu Lockdown Adalah Masa Terbaik Untuk Dirinya Kaji Kelemahan & Kekuatan Diri

Penyanyi MK menganggap waktu lockdown yang sedang dilalui sekarang ini adalah masa untuk terbaik untuk dirinya supaya mengkaji kelemahan dan kekuatan diri.

MK yang juga salah seorang anggota kumpulan K-Clique itu berkata, sepanjang tempoh lockdown ini dia banyak duduk di rumah banyak berfikir tentang kesilapan yang pernah dilakukan dan cuba untuk memperbaiki segala kelemahan.

“Pada saat sebegini ia sebenarnya beri kita sedikit advantage, yang mana kita ada banyak masa sendiri. Jadi, kita boleh study kita punya weakness dan strenght untuk buat sebarang persediaan diri.

“Alhamdulillah, pandemik ini bukan sahaja membantu dari segi karier muzik, malah untuk diri sendiri bagi persediaan menghadapi kehidupan masa akan datang,” ujarnya.

Penyanyi berkenaan berkata demikian ketika majlis sidang media secara virtual pelancaran lagu Veto baru-baru ini.

Dalam pada itu, menceritakan pengalamannya apabila mula terbabit dalam bidang lakonan, MK memberitahu ia bukanlah sesuatu yang sukar.

“Sebelum ini pun saya dah banyak terbabit dengan banyak pembikinan muzik video, jadi beraksi depan kamera tu dah biasa.

“Kalau ditanya tentang minat pula, saya akui memang minat saya sekarang ini adalah menyanyi dan berlakon, apatah lagi kedua-duanya adalah bidang seni,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai lagu Veto nyanyian DJ Cza, TujuLoca dan MK, setakat ini ia mendapat sambutan hangat apabila berjaya meraih 300,000 tontonan selepas tiga hari ditayangkan.

Malahan, ada segilintir pencipta kandungan YouTube tanah air juga merakamkan reaksi mereka memperdengarkan lagu dan menonton muzik video yang unik ini buat pertama kali.

Karya hebat ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat muzik hip hop terutama sekali pendengar tegar muzik underground.

Ada dalam kalangan mereka yang menunjukkan bakat terpendam dengan memuatnaik versi ‘fresstyle’ mereka sendiri di laman media sosial masing-masing.

Veto sudah berada semua kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala vdeo muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Def Jam Malaysia sejak 4 Jun yang lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button