Cerita ArtisHiburan

MK K-Clique Bungkus Kasut Dengan Plastik Elak Basah, Rupa-Rupanya Harga Kasut Berkenaan Bukan Biasa-Biasa…

Salah seorang anggota kumpulan K-Clique iaitu MK telah berkongsi satu video dia membungkus kasut yang dipakainya dengan menggunakan plastik.

Tujuan MK berbuat demikian adalah untuk mengelak kasut yang dipakainya itu daripada basah terkena air.

“Cara-cara menyelamatkan kasut kesayangan anda,” tulisnya menerusi posting yang dimuat naik.

Namun begitu, menerusi penelitian yang dibuat, harga kasut jenama Nike Dior x Air Jordan yang dipakainya itu mencecah sehingga ratusan ribu ringgit sepasang.

Biarpun terdapat beberap jenis, namun harga kasut jenama berkenaan masih lagi mahal dan mencecah puluhan ribu ringgit.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji cara yang dilakukan oleh MK untuk menjaga kasut kesayangannya itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
4
+1
3
+1
7

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button