Cerita ArtisHiburan

MK K-Clique Kini Sah Bergelar Isteri Kepada Wanita Pilihan Hatinya

Dengan sekali lafaz, penyanyi popular, MK K-Clique akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin. 

Pasangan berkenaan dinikahkan dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Jamiul Huda, Ampang Selangor yang dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.

Pada majlis berkenaan, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 bersama seutas gelang tangan, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua belah pihak. 

“Alhamdulillah… semuanya telah berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh yang singkat. Syukur dah jadi suami.

“Doakan kebahagiaan kami bersama,” ujarnya.

Selain itu, pihak pengantin lelaki turut menyerahkan enam dulang hantaran dan dibalas dengan jumlah yang sama dari pihak pengantin perempuan. 

Istimewanya, pasangan ini juga bakal diraikan dalam majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor hujung minggu ini.

Berita mengenai MK bakal bergelar suami mula bertiup kencang apabila tular video dan foto dirinya menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini. 

Namun begitu, MK mengambil pendekatan tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya di laman sosial – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Portal Nona

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button