
AntarabangsaKpop
Model Lee Ui Soo Ditemui Mati Bunuh Diri
Model Lee Ui Soo ditemui mati bunuh diri di kediamannya, Sabtu lalu.
Ui Soo, model muda terkenal meninggal dunia di usia 22 tahun.
Menurut kenyataan yang di keluarkan syarikat agensi naungan Ui Soo, Esteem Modelling, mereka bersimpati di atas kematian bakat muda itu selain mengesahkan Ui Soo mati bunuh diri.
“Ya, dia bunuh diri, tapi kami masih belum tahu maklumat terperinci mengenai kes ini. Keluarga Ui Soo meminta upacara pengebumian diadakan secara tertutup,” kata wakil agensi itu.
Sementara itu kakak Ui Soo pula mengesyaki adiknya mengambil keputusan drastik itu disebabkan tekanan kerja yang dihadapinya.
Selain bekerja sebagai model, Ui Soo turut bergelar penyampai radio. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
+1
+1
1
+1
+1