HiburanSelebriti

“Mohon Pandangan YB Menteri @Annuar Musa…” – Aksi Tayang & Tepuk Punggung Untuk Promosi Minggu Usahawan Negara Babitkan Usahawan Produk Dikecam

Tindakan empat usahawan produk iaitu Kak KM, Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet membuat aksi tayang dan tepuk punggung untuk promosi acara Minggu Usahawan Negara mendapat kecaman ramai.

Malah, satu tweet yang dimuatnaik oleh @isusemasaviral turut mempersoalkan tindakan berkenaan serta mahu meminta pandangan menteri mengenai perkara berkenaan.

“Boleh ke buat promosi macam ni sempena ‘Karnival Usahawan Negara’ Mohon pandangan Yb Menteri @AnnuarMusa,” ujarnya.

Dalam video yang dipaparkan, Kak KM bertindak menepuk punggung mereka seolah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka.

“Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen yang mengecam pula menyatakan tindakan keempat-empat usahawan produk itu dilihat sebagai perkara yang memalukan. –

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button