Cerita ArtisHiburan

Monoloque & Amy Search Beri Nafas Baru Tanah Airku Tanah Airmu Jua

Jika sebelum ini lagu patriotik, Tanah Airku Tanah Airmu didendangkan oleh Monoloque dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, kali ini membuat kelainan Monoloque tampil memberi sentuhan nafas baharu dengan memperkenalkan versinya berkolaborasi bersama-sama Amy Search.

Menurut Loque, idea itu tercetus kerana ingin memberikan rasa yang lebih ‘jantan’ terhadap lagu tersebut.

“Tanah Airku Tanah Airmu Jua dendangan pancaragam kami lebih ‘jantan’, lagi-lagi dapat berpadu tenaga dengan otai muzik, Amy Search,” katanya.

Sementara itu, Amy menyifatkan projek itu adalah satu pengalaman yang menarik selain tertarik dengan masterpiece yang dikeluarkan oleh Loque sendiri.

“Projek ini macam kira ‘last minute’, tiba-tiba Loque datang tanya saya dan ketika itu pun saya memang ada masa terluang, saya pun terima kerana tertarik dengan hasil kerja Loque.

“Mengulas mengenai kemerdekaan sendiri, pemikiran kita harus merdeka (daripada dijajah). Kalau kita masih di takuk lama, pemikiran kita masih belum merdeka,” ujarnya.

Tanah Airku, Tanah Airmu kini sudah boleh didapati menerusi aplikasi digital Spotify dan Apple Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button